Baru sahaja kehilangan ibu tercinta, pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui dirinya masih terkesan dengan pemergian bonda, Allahyarham Juriana Jaafar yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 7 November yang lalu.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 45, baru-baru ini telah berkongsikan pesanan suara terakhir yang dihantar ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir untuk tatapan peminat.
Menitipkan rasa rindu yang terhingga, pelakon filem KL Gangster ini turut meminta untuk arwah ibunya itu agar datang dalam mimpinya.
View this post on Instagram
“Saya harap ibu masih ada di sini lagi. Mesej terakhir mak pada saya ialah pada 28 Oktober, sebelum meninggal dunia pada 7 November lalu. Sekarang mak sudah kembali ke pangkuan-Nya. Tolong datang dalam mimpi saya, mak. Saya sangat rindu dan sayangkan mak.”
Terdahulu, ibu Aaron Aziz dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Singapura akibat serangan jantung.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai peminat aktor berbakat ini tampil mengucapkan takziah dan ada juga yang berkongsikan perasaan mereka yang sudah kehilangan ibu bapa tercinta.
Sekadar info, Aaron Aziz telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan, Datin Diyana Halik pada tahun 2003 yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi,17, Dwi Ariana,15 dan Dahlia Arissa yang kini berusia 11 tahun.