Terlalu Ramai Yang Mati Akibat COVID-19, Itali Terpaksa Bawa Keluar Mayat Guna Trak Tentera

Trending

Terlalu Ramai Yang Mati Akibat COVID-19, Itali Terpaksa Bawa Keluar Mayat Guna Trak Tentera

Itali telah mengerah trak tentera mereka ke Bergamo iaitu antara negeri yang paling teruk tercemar akibat COVID-19. Trak berkenaan digunakan bagi memindahkan mayat-mayat keluar dari negeri tersebut.

Difahamkan, Bergamo kini menghadapi masalah kemampatan tempat pembakaran mayat kerana terlalu banyak kematian yang berlaku di sana. Trak berkenaan digunakan bagi membantu memuatkan puluhan keranda jenazah COVID-19 untuk dibawa keluar dari sana.

Advertisement

Trak tentera yang membawa jenazah pesakit COVID-19

Bilangan sebenar kematian di negeri itu kemungkinan lebih tinggi daripada bilangan yang dicatatkan kerana ramai yang mempunyai gejala telah pun meninggal sebelum sempat diuji.

Tempat pembakaran mayat Bergamo boleh membakar 25 mayat sekali kini bekerja selama 24 jam sehari.

Setakat ni, negeri itu telah merekodkan sekurang-kurangnya 93 kematian akibat wabak ini dan ianya dijangka akan terus meningkat. Jelas sekali, tempat pembakaran di negeri itu tidak dapat menampung semua mayat yang ada.

Trak tentera itu akan membawa keranda ke tempat pembakaran mayat di Modena, Acqui Terme, Domodossola, Parma, Piacenza dan beberapa tempat pembakaran mayat yang lain. Difahamkan, trak akan membawa pulang abu mayat yang telah dibakar sahaja kembali ke Bergamo.

Satu liputan media telah diadakan pada Isnin lalu, menyaksikan bahawa terdapat dua pengebumian setiap satu jam dalam tempoh enam jam di sana.

Kebanyakan mayat di sana tidak dapat dikebumikan kerana permintaan yang terlalu tinggi sehingga mayat-mayat tersebut terpaksa dibawa ke gereja. Tambahan lagi, tempat simpanan mayat di dua buah hospital di sana juga telah penuh dengan keranda mayat-mayat yang tidak siap diuruskan.

Semalam Itali telah mencatat 651 kes kematian terbaru dalam sehari, menjadikan angka kematian di Itali setakat ini sebanyak 5,476 kes.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...