Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beberapa barang tidak boleh dibeli di luar, menyebabkan ramai menggunakan perkhidmatan kurier untuk membeli barang dalam talian. Akibatnya, beberapa syarikat kurier yang mengendalikan penghantaran barang beberapa kawasan tidak dapat mengelak dari lambat menghantar barangan disebabkan kekurangan tenaga kerja.
Seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar pusat operasi J&T di mana penerima barang digalakkan datang ke gudang mereka untuk mengambil barangan.
Pic 1: Datang kat ofis J&T, dia kata kalau nak ambil barang, kena pergi kat situ.
Pic 2: Kat situ.@jntexpressmy #KekalTenang pic.twitter.com/dFRC2aqffe— ?y?a?p? (@Babriturat) April 2, 2020
Disebabkan itu, ada yang meminta agar pembeli barangan dalam talian tidak menggunakan servis J&T buat sementara waktu.
Bagaimanapun, seorang staf J&T menerangkan bahawa terdapat lebih banyak barangan yang perlu dihantar semasa PKP dan mereka kekurangan tenaga kerja untuk menghantar barangan tepat pada masanya.
Menurutnya, staf J&T tidak pernah bercuti sejak PKP bermula dan setiap hari, mereka menghantar lebih dari 100 bungkusan.
Tolong bersyukur . Nyawa kami terdedah dengan Covid-19 hari hari . Kalau salah sorang dpd pekerja jnt kena virus tu , apa anda nak buat ?
— Fan (@IrfanFreaks) April 3, 2020
Staf itu juga meminta semua pembeli barang dalam talian bersabar kerana staf bekerja dan juga terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19.
Namun begitu, staf tersebut diminta bertenang oleh warganet kerana orang ramai sebenarnya tidak menyalahkan penghantar barang tetapi pihak pengurusan yang tidak menambah tenaga kerja untuk memastikan penghantaran barangan berjalan lancar.
Khabarnya juga, bukan J&T Ekspres sahaja mengalami masalah menghantar barangan, malah semua syarikat penghantaran kini mengalami sedikit masalah untuk menghantar bungkusan tepat pada masanya kerana masalah tenaga kerja yang tidak mencukupi untuk menampung penghantaran bungkusan yang meningkat dengan tinggi sepanjang PKP.
Justeru, diharap orang ramai yang ada membeli barangan dalam talian bersabar. Mungkin barangan akan sampai lambat beberapa hari ke tangan anda sepanjang PKP tetapi dalam keadaan sekarang, pekerja syarikat kurier telah melakukan yang terbaik.
Bersama tinggal di rumah untuk memudahkan tugas syarikat kurier untuk menghantar barangan yang anda beli. – amazingnara.com