October 7th, 2020

“Saya minta maaf, setakat ini saya tak nak komen apa-apa lagi, ini terlalu peribadi,”. Demikian respon pelakon Nadia Brian berikutan dakwaan suaminya, Muizz Nasruddin bahawa dia curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan dua orang lelaki sepanjang perkahwinan mereka berdua.

Dia yang ditemui media enggan mengulas lanjut berikutan pendedahan yang dibuat suaminya itu. Namun, dia meminta peminat di luar sana supaya mendoakan perkara yang baik-baik untuk dirinya dan Muizz.

“Apapun, doa yang baik-baik. Sebab bagi saya, banyak lagi isu yang lebih berat dan penting berbanding kisah kecil saya ni. Saya pun berkahwin dengan Muizz setelah mengenalinya dengan sekejap dan semuanya berlaku dengan pantas. Doakan yang baik-baik,”

View this post on Instagram

She was not fragile like a flower, she was fragile like a bomb? #NadiaBrian #Staywithme

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian) on

Menurut Nadia lagi, meskipun sudah berumah tangga, dia dan suami masih di dalam proses perkenalan memandangkan usia perkahwinan mereka yang masih singkat.

View this post on Instagram

Moga ada pengakhiran yang baik… saya menjadi saksi melihat detik bermakna pasangan ini bergelar suami isteri… ???

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

Sebelum ini, Muizz dilaporkan telah tampil mengulas situasi terkini rumah tangganya bersama Nadia yang difahamkan kini berada di hujung tanduk. Menurut Muizz, Nadia mempunyai hubungan bukan dengan seorang lelaki malah dua orang dan mendedahkan bahawa mereka kini tidak lagi tinggal sebumbung sejak tiga bulan yang lalu.

Mengimbas kembali, Nadia Brian dan Muizz Nasruddin telah mendirikan rumah tangga pada 9 November yang lalu bertempat di Magica Hall, Shah Alam selepas dua tahun berkenalan.

Sumber : Astro Gempak


2 responses to “Terlalu Peribadi, Nadia Brian Enggan Ulas Dakwaan Suami Isu Curang Dengan Dua Lelaki”

  1. hmmmmm says:

    Kenal sekejap ape..padahal dah 4 tahun bercinta..ko nk bercinta 20 tahun ke baru kira cukup

  2. astaga says:

    wahai isteri. elok kau tutuplah pakaian kau tu. walau tak pakai tdung skli pun. ajar dri jge kehormatan tubuh badan. jgn ada mata lelaki lain yg tgk. harap kau faham!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...