Terlalu Percaya Sangat Pada GPS, Wanita Ini Pandu Kereta Hingga Masuk Tasik

Trending

Terlalu Percaya Sangat Pada GPS, Wanita Ini Pandu Kereta Hingga Masuk Tasik

2 (1)

Akibat terlalu obses dengan aplikasi GPS yang diguna semasa memandu, seorang wanita Kanada telah mengalami detik yang tidak disangka apabila kereta yang dipandunya telah tenggelam di dalam tasik.
Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu dipercayai telah menjunam masuk ke dalam sebuah tasik di Ontario gara-gara mengikut arahan segala arahan yang dipaparkan pada skrin GPS, Khamis lalu.

Advertisement

Ketika kejadian keadaan kawasan berkenaan dikatakan sedang hujan dan berkabus menyebabkan pandangan wanita itu terhad.

Kerana penglihatan yang terhad, beliau hanya memandu berdasarkan apa yang dipaparkan di skrin GPS, malah dia mengakui tidak menyedari bagaimana keretanya itu boleh terjunam ke dalam tasik.

Nasib menyebelahinya apabila kereta itu terapung beberapa minit membolehkan dia cepat-cepat keluar menyelamatkan diri.

1

3

4

Pada pendapat admin, boleh je ikut GPS tu. Tapi kadangkala GPS ni mengarut juga. Bawak kita entah kemana-mana. Admin guna waze je..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...