Terlalu Obses Untuk Turunkan Berat Badan Punca Hazami Hidap Pendarahan Usus

Hiburan

Terlalu Obses Untuk Turunkan Berat Badan Punca Hazami Hidap Pendarahan Usus

Berita mengenai penyanyi Hazami yang dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana, Damansara  memang mengejutkan ramai pihak apatah lagi ketika doktor mengesahkan beliau menghidapi pendarahan usus.

Advertisement

Meskipun sudah beransur pulih dan kini menetap di kediaman ibunya di Gombak, peminat masih lagi tertanya-tanya apakah punca sebenar kepada penyakitnya itu sedangkan Hazami sebelum ini nampak sihat sahaja.

Terbaru, Hazami mendedahkan pendarahan usus tersebut berlaku kerana sikapnya yang terlalu obses untuk menurukan berat badan bermula 10 tahun lepas apabila merasakan dirinya kurang menarik ketika muncul di televisyen.

Hazami telah mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat dimana beliau hanya makan sekali sehari dan terlalu ketagih untuk meminum kopi pekat.

Saya pernah dahulu mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan. Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.

Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital.

Pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk kurus tanpa membahayakan diri sendiri. Jangan terlalu menginginkan hasil yang cepat dan terburu-buru dengan cara yang tidak betul. Rujuklah kepada pakar pemakanan serta kesihatan untuk membantu anda dalam proses penurunan berat badan.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...