Terlalu Mesra Sehingga Disangka Sudah Nikah Dengan Jeffri Nichol, Ameera Akui Belum Dapat ‘Restu’ Daripada Bapa – “Saya Sayang Dia Sangat-Sangat..”

Kehidupan

Terlalu Mesra Sehingga Disangka Sudah Nikah Dengan Jeffri Nichol, Ameera Akui Belum Dapat ‘Restu’ Daripada Bapa – “Saya Sayang Dia Sangat-Sangat..”

Pensohor media sosial, Ameera Khan mengakui dia masih belum mendapat restu daripada bapanya mengenai hubungan percintaan bersama pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol.

Malah, kemesraan yang ditunjukkan Ameera sebelum ini juga telah membuatkan netizen mengesyaki kedua-duanya telah bernikah namun tidak diumumkan kepada orang ramai.

Advertisement

Namun begitu, Ameera berkata dia sering berdoa agar Allah mempermudahkan urusan jika Jefri adalah jodohnya.

Saya selalu berdoa supaya Allah menjaga hubungan ini. Saya berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya jika Nichol adalah orangnya.

Saya sayangkan Nichol sangat-sangat, tetapi saya tidak mahu menentang ketentuan Tuhan. Saya percaya di atas ketentuan dan perancangan-Nya terhadap saya.

Malah, menurutnya lagi, ibu, kakak, adik serta kawan-kawan semua menyukai perhubungan yang terjalin pada ketika ini namun ayahnya belum memberi ‘green light’.

Daddy belum lagi, tapi soon Insya-Allah. Saya harap. Bila bercakap pasal Daddy, ia membuatkan saya takut. Tapi ini adalah sesuatu yang serius.

Terdahulu, Ameera Khan yang juga adik kepada personaliti terkenal Neelofa dilaporkan menjalinkan hubungan cinta bersama Jefri apabila kedua-duanya sering memuat naik foto bersama di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shila amzah kisah lagu
18 hours ago

"Ini POV Kisah Curang Ibu Saya Sendiri" - Lagu Baharu Shila Amzah Buat Ramai Tersentuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...