June 25th, 2020

Berkongsi rasa teruja bakal menyambut kelahiran anak sulung bersama pelakon jelita Nur Fazura yang dijangka bakal dilahirkan sekitar Oktober depan, Aktor Fattah Amin seakan tidak sabar menanti detik bahagia itu kerana ingin merasai sendiri pengalaman menjadi seorang bapa.

fazura tak bagi fattah amin keluar rumah

“Adik saya pun baru melahirkan, tapi perasaan pegang dan dukung baby dia tu tak sama.. itu yang saya nantikan.”

Ujar Fattah, jantina anak mereka itu masih dirahsiakan kerana mahu peminat merasa teruja dengan berita tersebut. Tambahnya, beliau dan isteri langsung tidak kisah sama ada mahu menimang anak lelaki atau perempuan. Malah hanya mengharapkan agar bayi tersebut cukup sifat dan sempurna.

fazura tak bagi fattah amin keluar rumah

Pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini sempat berceritakan tentang kerenah isterinya yang dikhabarkan semakin manja dan tidak mahu Fattah keluar menjalani penggambaran.

“Apabila Faz hamil, dia punya manja siap cakap kalau boleh tak nak saya pergi shooting.”

Bagaimanapun, selepas dipujuk, Fattah memberitahu Fazura masih boleh memahami dan membenarkan dirinya untuk keluar mencari nafkah.

fazura tak bagi fattah amin keluar rumah

Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara pada November 2017. Malah, Fattah sebelum ini mengakui Fazura banyak mempengaruhi kehidupannya selepas berkahwin dan bertuah menjadi suami kepadanya yang berpengalaman dalam industri hiburan tempatan.

Sumeber: mStar


One response to “Terlalu Manja, Fazura Tak Nak Lepas Fattah Amin Keluar Daripada Rumah”

  1. Anonymous says:

    PANTAT KAU

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...