“Terlalu Mahal Ke Cuti Demi Anak-Anak?”, Teguran Sentap Untuk Ibu Bapa Yang Terlalu Busy Bekerja

Trending

“Terlalu Mahal Ke Cuti Demi Anak-Anak?”, Teguran Sentap Untuk Ibu Bapa Yang Terlalu Busy Bekerja

anak-2-630x315

 

Advertisement

Sedar atau tidak, dalam kesibukan kita bekerja seharian mencari nafkah untuk keluarga, kadangkala kasih sayang dan pendekatan kita sebagai ibu bapa dengan anak-anak makin berkurang. Sememangnya situasi hidup ketika ini seringkali menjadi punca setiap ibu bapa terpaksa bekerja lebih masa demi kelangsungan hidup.

Bagaimana pun, status post yang dikongsikan di laman Facebook Ustaz ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita mengenai anak-anak yang kita perlu tahu bahawa sememangnya  memerlukan perhatian

Mahal Sangat kah Cuti Tanpa Gaji, Demi Anak2?

… Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat… Anak2 redha di tempat org… Belajar, bermain… Riang… Kongsi makan dan kongsi penyakit… xpe, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita… Rindu ayah… Rindu mama..

Tp… Nak ckp rindu x reti… Nak tulis surat, xreti gak… Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad… Dia nak mama tgk dia… Nak ayah dukung, peluk dia… Dia buat perangai… Nak makan sndri… Nak itu… Nak ini… Nak dukung… Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg… “Mama saya rindu n sayang sgt kat mama…”

TAPI…..

Apa kita buat…
Bila anak2 bising… Kita marah…
Bila anak2 main… Kita herdik…
Dia nangis, kita jerit “DIAM!!!!”
Dia suruh ajar… Kita jawab “AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!”

Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang…

Sedih hati seorg anak yg rindu mama… Yg rindu abah… Yg rindu pelukan ibu… Rindu dukungan abi…
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?

Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?

Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama…

Fikir sahabat…
Fikir teman2…
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama…

.Jangan jadikan kesibukan kita bekerja sebagai satu alasan untuk kita menjarakkan jurang waktu bersama anak-anak. Mereka juga dahagakan kasih sayang. Cubalah ambil cuti buat seketika untuk luangkan masa menghiburkan hati mereka..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...