Terlalu Khusyuk Menyanyi, Nadeera Zaini Mohon Maaf Terangkat Jari Tengah – “Saya Betul-Betul Tak Sengaja..”

Hiburan

Terlalu Khusyuk Menyanyi, Nadeera Zaini Mohon Maaf Terangkat Jari Tengah – “Saya Betul-Betul Tak Sengaja..”

Gara-gara terlalu khusyuk ketika menyanyi, Nadeera Zaini tanpa sengaja mengangkat jari tengahnya sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menurut Mstar, Nadeera atau nama penuhnya Farah Nadeera Zaini, menjelaskan bahawa tindakan itu berlaku secara spontan tanpa sebarang niat untuk bersikap biadap.

Advertisement

nadeera

Naib juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) itu turut tampil memohon maaf atas keterlanjurannya.

Saya betul-betul tak sengaja, sebenarnya jari saya nak tahan veil dari muka.

 

Jadi saya pegang mikrofon itu tak perasan jari tengah saya terangkat, sepatutnya saya angkat jari telunjuk.

 

Tapi kepala masa tu dah fokus pada lagu. Saya minta maaflah yang menyaksikan kejadian tu.

@_emceem3rmaidss Event besar mana pun Nadeera tetap komited with her appearance. Salute #fyp #pengantin #bride #nadeera #suarasedap #goldenvoice #beautifulbride #kahwin ♬ original sound – _m3rmaidss – Emcee m3rmaidss

Penyanyi itu turut berkata, perbuatan tidak sopan itu merupakan kejadian kali pertama memandangkan selama ini dia berhati-hati dengan tingkah lakunya.

Dia turut memberitahu dia memilih untuk tidak membaca komen di media sosial bagi menjaga kesihatan mental dan emosinya.

Saya dilarang oleh pengurus dan pasukan saya daripada membaca komen kerana saya mudah beremosi, sangat rapuh dan mudah tersentap.

Kata Nadeera, tugasnya hanya ingin mencari rezeki halal sebagai seorang penyanyi sekali gus enggan mempedulikan kata-kata negatif.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan Nadeera mengenakan busana putih ketika menyanyi di sebuah acara sambil jari tengahnya terangkat.

nadeera enggan layan gosip murahan, anggap ujian anak seni
1 week ago

Nama Dipetik Isu Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang, Nadeera Maafkan Si Pelaku - “Saya Anggap Sebagai Ujian..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...