Terlalu Kerap Tayang Kemesraan Bersama Jefri Nichol, Netizen Pakat ‘Block’ & ‘Report’ Akaun Ameera Khan – “Jangan Malukan Agama..”

Hiburan

Terlalu Kerap Tayang Kemesraan Bersama Jefri Nichol, Netizen Pakat ‘Block’ & ‘Report’ Akaun Ameera Khan – “Jangan Malukan Agama..”

Baru-baru ini, seorang individu telah bertindak menyekatdan melaporkan (report) akaun media sosial milik Ameera Khan kerana berasa kurang senang melihat perkongsian yang dimuat naik memaparkan aksi mesra dengan pelakon sensasi, Jefri Nichol.

Hantaran mengundang fitnah

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, individu tersebut berkata tindakan Ameera telah mencemarkan imej dan kemuliaan agama Islam serta mengundang fitnah dalam kalangan pengguna media sosial.

Advertisement

ameera khan jefri nichol

Done block dan report Little Miss Khan (panggilan Ameera). Maaf, aku terganggu dengan posting-posting dia.

 

Kita sesama Islam tolong jangan malukan agama kita. Kalau betul dah halal sekali pun, tetap tak boleh muat naik hantaran mengundang.

Islam angkat martabat wanita

Menurutnya lagi, Islam merupakan agama yang suci dan mengangkat martabat wanita ke satu tahap yang tinggi, oleh itu maruah seseorang wanita itu harus dipelihara.

Agama Islam adalah agama yang suci, tolong hormat. Islam angkat darjat perempuan tahap tinggi.

 

Mak, ayah, kakak, abang ipar semua tahu agama, janganlah buat begini. Sedih lah.

netizen block ameera

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh wanita itu.

komen threads

Namun, ada juga yang mempertikai tindakan individu tersebut yang bertindak melaporkan akaun Ameera.

komen threads

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

ameera khan jefri nichol cuti bersama
5 days ago

"Honeymoon Macam Pasangan Kahwin.." - Bercuti Bersama, Ameera Khan & Jefri Nichol Mesra Berpelukan Atas 'Yacht'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...