Terlalu Kerap Makan Makanan Manis, Muka Kanak-Kanak Ini Bengkak Dan Kuman Hampir Merebak Hingga ke Otak

Kehidupan

Terlalu Kerap Makan Makanan Manis, Muka Kanak-Kanak Ini Bengkak Dan Kuman Hampir Merebak Hingga ke Otak

Oleh kerana tabiat suka makan makanan manis, nyawa kanak-kanak ini hampir berada dalam keadaan bahaya. Lumrah seorang kanak-kanak pastinya suka makan makanan manis seperti gula-gula atau coklat. Tapi tanpa pemantauan ibu bapa keadaan ini boleh memudaratkan.

Doktor Azila berkongsikan di laman Facebook kisah salah seorang peakitnya ini untuk memberi kesedaran kepada semua ibu bapa di luar sana.

Advertisement

“Setelah masuk di bilik surgeri, begini ceritanya. Ibu bapa muda ini memberitahu anaknya sakit gigi belah kanan atas mulai 3 hari lalu.”

Hari pertama

Mula-mula mereka membawa ke klinik gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.

Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf. Tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.

Doktor klinik gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik Syrup Amoxycillin 3ml 3 kali sehari dan Syrup Paracetamol 3ml 3 kali sehari.

Hari kedua

Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke klinik gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.

Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus, kerana beliau memberi temujanji untuk rawatan pulpotomi. Aku berfikiran mungkin temujanji doktor tersebut penuh.

Doktor klinik gigi B memberi pula ubat tambahan Syrup Metronidazole 8ml 3 kali sehari.

Selepas pulang daripada klinik, muka kanak-kanak tersebut mulai bengkak.

muka kanak kanak perempuan
muka bengkak
Pipi bawahnya bengkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Sampaikan tertutup mata kanan pesakit! Keadaan ini di diagnosis sebagai facial cellulitis’.

Jadi mungkin anda tertanya-tanya, kenapa sakit gigi boleh buat muka bengkak sampai macam ni? Oleh kerana berlaku jangkitan pada tisu muka, selulit muka menyebabkan muka menjadi bengkak.

Antara puncanya, sering memberi makanan manis iaitu ‘kinderjoy’ setiap pagi. Pesakit juga kerap makan makanan yang manis-manis belaka.

Selain itu, tidak mengamalkan rutin wajib memberus gigi anak setiap hari dan tidak membawa anak untuk jumpa doktor gigi secara berkala.

Rawatan yang diberikan

Selepas keadaan muka sudah surut bengkak, doktor terpaksa mencabut gigi tersebut untuk mengelakkan sebarang infeksi. Kalau ada infeksi, muka akan bengkak semula. Sekiranya berlarutan, boleh membawa MAUT!

muka bengkak

Gusi yang bengkak, bakteria boleh merebak kedalam otak. Keadaan dikenali sebagai SEPSIS.

Sepsis adalah keadaan dimana jangkitan disebarkan melalui darah disebabkan sistem pertahanan badan perlu bekerja lebih masa untuk melawan jangkitan.

Malah sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian.

Doktor Azila turut mengingatkan ibu bapa bahawa memberi makanan minuman manis adalah musuh utama mulut anak. Ini mengakibatkan gigi rosak. Kena selalu bersihkan gigi anak. Jangan sampai gigi anak berkaries, mengadu sakit baru jumpa doktor gigi.

Harap kisah ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu bapa di luar sana. Budak-budak memang suka makan benda manis tapi ibu bapa kena pantau juga.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...