Seorang ibu tidak menolak kemungkinan punca kematian anaknya yang malang itu 10 tahun lalu disebabkan terlalu banyak makan gula-gula getah.
Menurut laporan Mirror, Samantha Jenkins dari Llanelli yang mengimbau kembali peristiwa tersebut, anaknya yang berusia 19 tahun ketika itu jatuh sakit pada 3 Jun 2011 iaitu tiga hari sebelum disahkan meninggal.
“Anak saya mengadu sakit dan saya ingatkan dia mengalami dehidrasi (kekurangan air) akibat cahaya matahari”.
“Anak saya malah tidak mampu memegang botol air dan kerap jatuh ke lantai. Saya menyuruhnya berbaring di katil dan minum banyak air”.
Selepas beberapa ketika, anaknya tiba-tiba pengsan sebelum dibawa ke hospital.
“Bagaimanapun, keadaan dirinya masih lemah dan dipindahkan ke wad neurologi dan unit rawatan rapi (ICU). Doktor memaklumkan berdasarkan imbasan di otaknya mendapati keadaannya semakin teruk dan anaknya mati selepas itu”.
Menurut makluman polis, terdapat banyak plastik gula-gula getah itu di dalam bilik anaknya. Dia percaya punca kematian itu disebabkan terlalu banyak dan kerap memakan makanan ringan dan membeli sekurang-kurangnya sepeket setiap hari.
Umum tahu gula-gula getah mengandungi bahan tiruan yang sangat berbahaya seperti aspartam (pemanis buatan) dan sorbitol (pemanis alkohol).