“Terlalu Berani” – Tayang Foto Berbikini Di Instagram, Yazmin Aziz Dikecam Netizen

Hiburan

“Terlalu Berani” – Tayang Foto Berbikini Di Instagram, Yazmin Aziz Dikecam Netizen

Nama Yazmin Aziz kini semakin dikenali setelah dia menempa nama dalam program realiti TV, Big Stage 2022 selain popular sebagai seorang personaliti media sosial.

Meskipun masih ‘hijau’ dalam industri seni hiburan, Yazmin turut terpalit dengan beberapa kisah sensasi seperti keakraban ‘luar biasa’ dengan rakan industri, Daniel Chuer yang didakwa berlebihan dan melanggar batas sebagai seorang muslim.

Advertisement

Dan baru-baru ini, nama Yazmin sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila dia beraksi seksi di Instagram miliknya dengan hanya memakai bikini.

Maka, berduyunlah warga maya meninggalkan komen kritikan yang rata-ratanya menegur Yazmin agar tidak terlalu mendedahkan bentuk tubuh, dan kalau ada pun tidak perlu dikongsi kepada umum.

Terkenal dengan ayat ‘Bestfriend’ dalam loghat Filipinanya, Yazmin juga ditegur supaya menjaga adab sebagai seorang wanita Islam oleh netizen.

“Bestfriendd, sangat seksi. Jangan begini ya, jaga aurat,” komen seorang netizen.

Kita doa yang baik-baik sajalah ya!

yazmin
8 bulan lalu

(VIDEO) "Tak Elok Walaupun 'Bestie'" - Kerap Berpelukan Dengan Danial Chuer, Yazmin Aziz Ditegur Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Idalea

    July 9, 2022 at 5:49 am

    Bodohnya Nara ni. Tak boleh beza kan antara bikini dgn swimsuit. Bikini 2 pieces, yg Yazmin pakai tu one piece swimsuit.

Loading...