Drama Sejuta Rasa Buat Adelia lakonan Aliff Aziz dan Daiyan Trisha yang kini sedang ditayangkan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Sekitar minggu lalu, babak berpelukan antara hero dan heroin ketika membuat kerabu mangga menjadi bualan hangat. Apakah logiknya untuk mempamerkan aksi sebegitu ketika sedang memasak? Sungguh tidak kena dengan situasi.
Buatnya, hanya penonton yang suka berangan sahaja yang merasakan setiap babak itu sangat romantis dan menyukai drama itu.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat individu tersebut dan melabelkan keseluruhan produksi Sejuta Rasa Buat Adelia sampah.
Mungkin pendapat netizen ini harus diambil kira oleh semua penerbit dan pengarah drama mahupun filem. Tidak semestinya kena ada babak intim baru sesebuah karya itu laku. Apa yang penting ialah jalan cerita, skrip yang menarik dan gandingan pelakon yang mantap. Janganlah terlalu mempromosikan unsur romantis keterlaluan sehingga membuatkan penonton tidak mahu sokong drama tempatan.