Terlalu Baik Hati Tolong BFF, Akhirnya BFF Rampas Suami Wanita Ini

Trending

Terlalu Baik Hati Tolong BFF, Akhirnya BFF Rampas Suami Wanita Ini

Sudah berkawan 10 tahun lamanya, tetapi seorang wanita tidak menyangka sama sekali bahawa kawan baiknya akan memusnahkan rumahtangganya dan menyebabkan suaminya meninggalkannya dan bayi mereka.

Merasa dikhianati dan mahukan keadilan dari suami dan kawan baiknya yang kini tinggal bersama di Kanada, Elloraine Lamb, wanita warga Filipina, telah berjumpa pengacara televisyen, Raffy Tulfo melalui program televisyennya Action untuk bantuan.

Advertisement

Menurut Elloraine, dia datang ke Princeton, British Columbia di Canada untuk bekerja sebagai jururawat pada 2012.  Di situ dia bertemu dengan Bryhton Lamb. Mereka berkahwin pada 2014.

Semasa dia mendapati dirinya mengandung, Elloraine berbincang dengan suaminya untuk mendapatkan seorang pengasuh. Pada masa itu, selah seorang rakan baiknya bekerja sebagai jururawat di  Arab Saudi, iaitu Maria Salvacion “Salve” Masayon.

Memikirkan dia boleh membantu rakannya hidup dengan baik di Kanada seperti dirinya, Elloraine menawarkan Salve bekerja sebagai pengasuh sepenuh masa selama dua tahun. Dia membuat kontrak eksklusif, di mana selepas 24 bulan, Salve dibenarkan mencari tempat tinggal dan mencari kerja sebagai jururawat di Kanada.

Elloraine hanya ingin membantu rakan baiknya, tetapi kemudiannya dia mendapati bahawa rakan baiknya telah menjadi kekasih baru suaminya.

Sejak tinggal sebumbung pada 13 Julai 2019, suami dan rakan baiknya menemui cinta dalam pelukan masing-masing semasa Elloraine bekerja.

Elloraine menemui tanda-tanda mereka sedang bercinta tetapi tetap berfikir positif sehinggalah dia memutuskan untuk memeriksa telefon bimbit suaminya pada 7 Disember lepas.

Salve baru pulang dari Filipina untuk satu percutian kerana Elloraine memberi dia cuti dari 19 November hingga 5 Disember. Ianya percutian dengan segala kos ditanggung oleh Elloraine supaya Salve boleh balik menyambut hari lahir ayahnya.

Malah, Elloraine mengambil cuti untuk menjaga anaknya supaya Salve boleh pulang bercuti.

Apa yang dia tidak tahu ialah, Bryhton dan Salve membuat panggilan-panggilan video di belakangnya. Suaminya malah mengirim wang belanja buat Salve di Filipina, sesuatu yang hanya diketahui Elloraine setelah memeriksa akaun bank mereka untuk mengumpulkan bukti kecurangan suaminya.

Akhirnya, Elloraine memutuskan untuk bersemuka dengan mereka berdua. Apa yang menghancurkan hati Elloraine ialah, suaminya mempertahankan Salve, serta langsung tidak menghalangnya dari mengambil bayi mereka yang berusia 17 bulan dan meninggalkan rumah mereka dalam keadaan kesejukan kerana salji sedang turun.

Disebabkan mereka berkahwin di Kanada, Tulfo berkata tidak banyak yang dapat mereka lakukan untuk membantu Elloraine melainkan Elloraine pergi ke Imigresen Kanada untuk membatalkan kontrak eksklusif Salve supaya dia dihantar pulang ke Filipina.

Ramai netizen juga mencadangkan Elloraine agar mengusahakan untuk membatalkan lesen perkhidmatan profesional (kejururawatan) wanita itu. Tonton di sini:

– amazingnara.com via RachFeed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...