Sedia maklum, pelakon terkenal Indonesia iaitu Nia Ramadhani merupakan menantu keluarga kaya dan baru-baru ini, dia secara terbuka menceritakan layanan yang diterima oleh kedua-dua ibu bapa mentuanya di rumah.
Menurut Nia, kehidupan berubah sepenuhnya selepas mengahwini suami tercinta yang juga merupakan usahawan berjaya, Ardi Bakrie.
Tidak seperti dalam drama sinetron, pelakon itu memberitahu ibu bapa mentua sangat menyayanginya serta memberi layanan yang baik.
View this post on Instagram
Walaupun ramai yang menganggap jika menjadi menantu dari keluarga elit, kehidupan Nia bakal menjadi sukar tetapi hal itu sama sekali tidak berlaku.
Bahkan, Nia tanpa segan silu memberitahu disebabkan dirinya terlalu rapat dengan mereka, pelakon itu sering tidur sekatil dengan ibu bapa mentua pada waktu siang.