“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata.. – Aliff Syukri Nasihat Makcik Kemboja Jangan Main Dengan Isu Bangsa

Hiburan

“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata.. – Aliff Syukri Nasihat Makcik Kemboja Jangan Main Dengan Isu Bangsa

Terkini, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri telah menegur rakan bisnesnya yang sedang tular sekarang, Mariyah Yaakob atau digelar sebagai Makcik Kemboja oleh rakyat Malaysia. Dia berharap agar rakannya itu meminta maaf secara terbuka dengan ikhlas.

Tambah Aliff, dia juga setuju bahawa mengatakan orang Melayu pemalas itu tidak sepatutnya dikatakan kerana baginya media sosial sekarang ini sudah tak sama seperti dulu. Jika mahu membuat content, elakkan menyentuh hal agama, bangsa dah sebagainya.

Advertisement

Saya sebagai seorang peniaga, tak boleh nak cakap lebih-lebih. Kita tak tahu esok lusa kita nak buat bisnis, orang boikot.

Dia memang outspoken, tapi saya sendiri contohnya, sebab lagu raya saya tu saya kena saman RM200K.

Tambah usahawan ini juga, dia menyuruh agar Mariyah ini supaya berhati-hati kerana masalah seperti ini boleh melibatkan polis dan kerajaan jika melampaui batas. Dia sendiri juga takut ujarnya.

Bukan itu sahaja, dia turut menasihati Makcik Kemboja ini agar tidak membersar-besarkan keadaan seperti melibatkan lagi ahli keluarga dan sebagainya. Hal ini kerana, ia hanya akan mengeruhkan keadaan yang sedia ada.

Terdahulu, Makcik Kemboja ini telah tular di semua laman sosial apabila dia telah mengutuk rakyat Malaysia secara terbuka dengan melabel orang Melayu ini pemalas.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anak makcik kemboja
6 months ago

"Dengan Nama Allah Tak Terniat Nak Cabar Netizen Jumpa Saya" - Anak 'Makcik Kemboja' Akui Diri Difitnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...