Keputusan penyanyi Indonesia, Upiak Isil membuka hijabnya semula telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang mengecam dan ada yang mempersoalkan keputusannya itu.
Sedar akan kekhilafannya, peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu memohon maaf dan berkata dirinya mempunyai sebabnya tersendiri mengambil keputusan tersebut.
Menurut Upiak, dia tidak mahu merendahkan golongan yang berhijab apabila melakukan aksi yang tidak mengambarkan sebagai wanita bertudung.
View this post on Instagram
Saya rasa bila diri buat ‘macam-macam aksi’’ (terkinja-kinja) tapi bertudung, rasanya ia merendahkan hijab itu sendiri.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tun Tuang itu turut merasakan jika ingin berhijab, dia mahu menutup aurat dengan sempurna, bukannya berhijab tetapi memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan.
Dalam pada itu, Upiak mengambil jalan untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai hal terbabit dan memohon orang ramai terus mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Kita doakan yang baik-baik saja seperti yang diminta oleh tuan empunya badan.