Teka-teki mengenai status hubungan pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin akhirnya terjawab apabila mereka disahkan bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie yang mewakili Zizi, Haiza, selepas prosiding berlangsung.

“Prosiding pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling adalah di bawah satu permohonan perceraian bawah Seksyen 47, pihak Zizi dan Yusuf,34, bersetuju untuk permohonan cerai ini dilaksanakan.”
“Prosiding permohonan cerai ini dijalankan di hadapan (Hakim Syarie) Muhammad Saifullah Hamzah dan direkodkan lafaz cerai terhadap Zizi talak satu secara raj’ie,” katanya.
Menurut Haiza, keseluruhan prosiding berjalan dengan lancar dan baik dengan kerjasama kedua-dua pihak.
Sementara itu, Zizi ketika ditemui meluahkan rasa syukur selepas urusan tersebut selesai.
“Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Terima kasih semua,” katanya ringkas.
Terdahulu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi menghadiri prosiding berkaitan kemelut rumah tangga mereka yang sebelum ini menjadi perhatian.
Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Hadir Ke Mahkamah Syariah Bagi Prosiding Perceraian
Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai keretakan hubungan mereka selepas kedua-duanya tidak memuat naik gambar bersama pada 1 Syawal.
Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
