Sedia maklum, penyanyi Yasin Sulaiman sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 sekaligus memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram serta menanam 17 pokok ganja pada 24 Mac lalu.
Terbaru, penyanyi dan komposer tersebut telah pun dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen sebentar tadi atas tiga pertuduhan dadah.
Dalam pada masa yang sama, Hakim Faiz Dziyauddin mengarahkan Yasin, 48 ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor.