Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, memetik Astro Awani.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada Jumaat, pelantikan ini dilakukan oleh Seri Paduka Baginda selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri dan berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Dalam kenyataan yang sama, turut dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
Majlis penyerahan watikah pelantikan serta istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda akan berlangsung pada 28 Julai di Istana Negara.
Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang telah bersara wajib pada 2 Julai lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.