Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menyatakan UMNO telah pun mengambil keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional.
Menurut kenyataannya hari ini, UMNO akan bekerjasama dengan PAS dibawah Muafakat Nasional (MN).
“UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).”
Zahid menegaskan, sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional adalah hanya sokongan daripada perwakilan UMNO dan BN serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Sokongan itu bagi pembentukan Kerajaan Pusat dan kerajaan di beberapa negeri tertentu.
Menurutnya lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN pada tengah hari semalam, telah menyatakan Bersatu berhasrat untuk menyertai MN.
Jawatankuasa Induk MN telah memutuskan sebelum ini untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.
UMNO menyerahkan kepada Jawatankuasa Induk MN bagi mempertimbangkan hasrat Bersatu samada perkara ini mampu menguatkan lagi barisan MN supaya kepentingan rakyat dan negara dapat terus dipelihara.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.