TERKINI : ‘Total Lockdown’ Seluruh Negara Bermula 1 Jun – Perdana Menteri

Trending

TERKINI : ‘Total Lockdown’ Seluruh Negara Bermula 1 Jun – Perdana Menteri

Hari ini, negara sekali lagi digemparkan dengan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat. Seperti sedia maklum, kes pada 28 Mei hari ini sudah mencecah angka 8,290 dan pastinya  sangat membimbangkan.

Susulan itu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama.

Tempoh ‘lockdown’ ini akan berjalan selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Keputusan ini telah dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes yang melebihi 8.000 kes dan kes aktif yang melebihi 70,000 kes.

Advertisement

Secara ringkas, sekiranya Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes-kes harian Covid-19, kerajaan akan melaksanakan Fasa Kedua iaitu membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi mengikut syarat tertentu.

Pun begitu, keputusan untuk beralih kepada fasa-fasa seterusnya akan tertakluk pada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri.

Soal kebajikan rakyat pula, Kementerian Kewangan telah bersepakat akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Perkara ini juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sama-samalah kita menjaga SOP yang ditetapkan bagi membendung wabak Covid-19 ini hingga ke nilai sifar.

Stay at home, semoga rakyat Malaysia dapat bersatu padu memutuskan rangkaian jangkitan ini. Aamiin In shaa Allah.

SUMBER

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...