(TERKINI) Tentera Laut Isra*l Dilaporkan Sudah Menyerang & Culik Anak Kapal Freedom Flotilla

Trending

(TERKINI) Tentera Laut Isra*l Dilaporkan Sudah Menyerang & Culik Anak Kapal Freedom Flotilla

Laporan terkini daripada TV Al Aqsa mengesahkan bahawa tentera laut Israel telah menyerang dan menculik kesemua anak kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla, sebuah armada bantuan antarabangsa yang sedang dalam pelayaran menuju ke Gaza.

Serangan itu dilaporkan berlaku ketika kapal berkenaan menghampiri perairan antarabangsa berhampiran Gaza, di mana armada Freedom Flotilla Coalition (FFC) membawa aktivis keamanan, wartawan, serta muatan bantuan makanan dan perubatan untuk rakyat Palestin yang terkepung sejak sekian lama.

Advertisement

Menurut laporan awal, komunikasi dengan kapal terputus sejurus selepas serangan berlaku, menimbulkan kebimbangan besar terhadap keselamatan kesemua kru dan sukarelawan yang berada di atas kapal tersebut.

Difahamkan, antara kapal yang terbabit ialah kapal utama Conscience, bersama beberapa kapal sokongan lain dalam misi Freedom Flotilla x Thousand Madleens to Gaza (TMTG).

Sebelum ini, pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) memaklumkan armada berkenaan telah menghampiri 150 batu nautika dari pantai Gaza — lokasi sama di mana kapal-kapal flotilla terdahulu pernah diserang oleh rejim Zionis.

FFC Gaza

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak FFC atau kerajaan Malaysia mengenai status anak kapal dan sukarelawan Malaysia yang turut menyertai misi tersebut.

Serangan ini sekali lagi mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap tindakan agresif Israel yang terus menghalang bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza, meskipun ia jelas melanggar undang-undang maritim antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-08 09:59:46

Jarak Tinggal Sejauh KL-Penang, 9 kapal Freedom Flotilla Coalition x TMTG Makin Hampiri G*za

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...