(TERKINI) Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dilanjutkan Lagi

COVID-19

(TERKINI) Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dilanjutkan Lagi

Di dalam pengumuman khas COVID-19 oleh Perdana Menteri sebentar tadi, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Berdasarkan perancangan asal, Perintah Kawalan Pergerakan akan tamat pada 31 Mac ini.

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini

Advertisement

Buat masa ini, kadar pematuhan PKP sudah meningkat apabila 95 peratus rakyat telah mematuhi perintah ini. Jalan-jalan raya lengang, pusat-pusat membeli belah ditutup, pusat-pusat rekreasi awam juga lengang dan orang ramai yang telah mematuhi nasihat duduk diam-diam di rumah.

Saya tahu, bukan mudah untuk saudara-saudari duduk diam-diam di rumah untuk satu tempoh masa yang agak lama. Tiba-tiba gaya hidup kita berubah dengan sekelip mata.

Perdana Menteri turut memberitahu sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini. Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu.

Lanjutan tempoh PKP ini juga dimaklumkan lebih awal supaya orang ramai boleh bersiap sedia dengan sebarang persiapan. Beliau turut memberitahu mereka yang berada di kampung untuk terus berada di sana dan tidak pulang ke kediaman masing-masing di bandar bagi mematuhi perintah yang dikeluarkan.

Selain itu, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa.

Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas mengenai hal ini. Beliau turut memberitahu pada hari Jumaat ini, beliau akan membentangkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh bagi membantu rakyat menghadapi COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...