(TERKINI) Team Asean All Star ‘Belasah’ Pasukan Bola Sepak Antarabangsa Manchester United 1-0

Trending

(TERKINI) Team Asean All Star ‘Belasah’ Pasukan Bola Sepak Antarabangsa Manchester United 1-0

Aksi persahabatan antara gergasi bola sepak England, Manchester United dan pasukan pilihan ASEAN All-Stars yang berlangsung sebentar tadi Stadium Nasional Bukit Jalal menyaksikan pasukan lagenda bola sepak dunia, Manchester United tumpas dengan pasukan Asean All-Star dengan ‘score’ 1-0.

Perlawanan yang  bermula pada jam 8:45 malam ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah pasca-musim Maybank Challenge Cup oleh Manchester United di rantau Asia Tenggara.

Advertisement

Skuad The Red Devils tiba di Malaysia dengan membawa beberapa pemain utama seperti Andre Onana, Harry Maguire, Casemiro dan Rasmus Højlund. Namun, beberapa nama besar seperti Marcus Rashford dan Christian Eriksen tidak menyertai jelajah kali ini.

Sementara itu, pasukan ASEAN All-Stars yang dibimbing jurulatih kebangsaan Vietnam, Kim Sang-sik, dihimpunkan daripada barisan pemain terbaik Asia Tenggara termasuk dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

asean all star vs man u

Menariknya, perlawanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peminat Asia menyaksikan aksi kelab legenda itu secara langsung, malah bertujuan menyokong usaha amal. Hasil kutipan dari acara ini akan disalurkan kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA).

Perlawanan berprestij itu telahmenarik lebih 80,000 penonton ke stadium, sekaligus mencipta satu lagi detik bersejarah dalam dunia bola sepak tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KDN Haramkan 7 buah buku
1 day ago

Tuan Ziyad 'Forbidden Love' Antara 7 Novel Diharamkan Penerbitan, Cetus Gangguan Moral & Ketenteraman - KDN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...