TERKINI : Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijjah Pada 10 Julai, Ini Antara Lokasi Pilihan

Trending

TERKINI : Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijjah Pada 10 Julai, Ini Antara Lokasi Pilihan

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Aidiladha adalah pada petang Sabtu, 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijriah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu hari raya Aidiladha yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

Advertisement

“Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab”

Kenyataan itu turut menyebut bahawa jawatankuasa yang berkenaan diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari berkenaan di 28 lokasi di seluruh negara.

Ia juga membabitkan lokasi di :

  • Pontian Kecil.
  • Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.
  • Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • Bukit Melawati, Kuala Selangor Bukit Jugra.
  • Banting, Kuala Langat.
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.
  • Pantai Pasir Panjang.
  • Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong.
  • Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh.
  • Pulau Pinang serta Kampung Pulau Sayak.
  • Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi.
  • Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.
  • Bukit Besar, Kuala Terengganu Bukit Geliga, Kemaman.
  • Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).
  • Mukim Merang, Setiu di Terengganu, Bukit Peraksi.
  • Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling,
  • Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram.
  • Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.

Untuk info lanjut lokasi untuk melihat anak bulan, boleh klik pautan ini.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...