Terkini, Sulton Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya dan manakala, Sultan Perak Sultan Nazrin pula diumumkan sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini bersetuju memilih Sultan Ibrahim sebagai Agong yang ke-17 untuk tempoh lima tahun dan akan mula berkuat kuasa pada 31 Januari tahun hadapan.
Difahamkan, bulan lalu, Sultan Ibrahim menzahirkan bahawa beliau telah bersedia untuk melaksanakan tugas demi negara dan rakyat.
Sekadar info, baginda akan mengantikan Sultan Pahang iaitu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, dimana akan menamatkan penggalnya pada 30 Januari nanti.