[TERKINI] Speedy Video Bakal Menutup Kesemua Cawangan di Seluruh Negara

Trending

[TERKINI] Speedy Video Bakal Menutup Kesemua Cawangan di Seluruh Negara

Nama Speedy Video pastinya tidak asing lagi bagi mereka yang sering menyewa cakera padat ataupun kaset suatu ketika dahulu.

Namun, dengan peredaran zaman dan juga kewujudan langganan strim seperti Netflix, iFlix, Viu dan macam-macam lagi pastinya telah mengubah cara rakyat Malaysia menonton filem ataupun siri televisyen kegemaran mereka.

Advertisement

Speedy Video Distributors Sdn Bhd telah mengumumkan secara rasmi bahawa mereka akan mengadakan jualan “tutup kedai” ataupun “close down sale” di seluruh negara.

gambar hiasan

Pastinya ramai yang terkejut dengan pengumuman ini terutamanya mereka yang masih sering berkunjung ke cawangan Speedy Video terdekat untuk menyewa atau membeli pelbagai judul filem dan drama antarabangsa.

Sebanyak 14 cawangan Speedy Video yang masih beroperasi sehingga hari ini. Tiada tarikh rasmi penutupan kesemua cawangan mereka buat masa kini tetapi yang pastinya, rakyat Malaysia akan merindui zaman kegemilangan Speedy Video.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...