TERKINI : Sesi Persekolahan 2021, Ini Tarikh Penting Yang Ibu-Bapa & Pelajar Perlu Tahu

Trending

TERKINI : Sesi Persekolahan 2021, Ini Tarikh Penting Yang Ibu-Bapa & Pelajar Perlu Tahu

Takwin Persekolahan bagi tahun 2021 telahpun dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebentar tadi menerusi Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin.

Sidang ini pastinya akan menyentuh mengenai pengoperasian sekolah yang menjadi tanda tanya pelajar waktu ini.

Menerusi sidang media itu, Dr. Radzi Jidin turut menyatakan bahawa SPM 2021 akan dilaksanakan bermula Februari 2022 bagi Ujian Lisan & Amali Sains manakala bermula Mac 2022 bagi peperiksaan bertulis.

Advertisement

Sepanjang sidang media sebentar tadi, ini merupakan senarai  tarikh-tarikh penting yang pelajar dan ibu bapa perlu peka mengenai sesi pembelajaran yang akan bermula 13 dan 14 Jun ini.

SPM 2021

  • Ujian Lisan & Amali Sains: Februari 2022
  • Peperiksaan Bertulis Termasuk SVM Setara: Mac 2022

Takwin Persekolahan KPM 2021

  • Sesi Persekolahan Secara PdPR: Bermula 13 & 14 Jun 2021
  • Cuti Pertengahan Penggal: Bermula 16 & 17 Julai 2021 sehingga 25-26 Julai
  • Tindakan seterusnya akan diumumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tamat cuti pertengahan penggal.

Inisiatif CERDIK – Projek Rintis Peranti

  • 12,887 unit telah diagihkan libatkan 95 buah sekolah dalam 51 PPD
  • 40,290 agihan dijangka selesai selewat-lewatnya 12 Jun 2021
  • 96,823 unit agihan dijangka selesai pada akhir September 2021

Rayuan Sekolah Khusus: Semakan Keputusan & Pendaftaran

  • Semakan rayuan sekolah khusus boleh dibuat pada 8 Jun
  • Pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus boleh dilakukan secara dalam talian dengan kumpulan A pada 13 Jun, Kumpulan B 14 Jun.

Sumber : KPM

Vaksinasi Guru

  • Sehingga kini, lebih 70,000 guru telah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...