[TERKINI] Seorang Pegawai JKR Kuala Lumpur Sah Positif COVID-19

COVID-19

[TERKINI] Seorang Pegawai JKR Kuala Lumpur Sah Positif COVID-19

Jabatan Kerja Raya (JKR) di ibukota telah mengesahkan bahawa seorang dari pegawai mereka positif COVID-19.

Advertisement

Menurut kenyataan rasmi JKR, seorang dari pegawai mereka telah disahkan positif pada 16 September dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.

Tambah mereka lagi, segala contact-tracing telah dilakukan untuk mengenal pasti kesemua individu yang telah berkontak rapat dengan pegawai tersebut.

Berdasarkan SOP yang telah ditetapkan, JKR akan memastikan bahawa segala kontak rapat pegawai tersebut akan menjalani tempoh kuarantin.

Pegawai tersebut telah menjalani swab-testing yang dijalankan secara rawak  di Lapangan Terbang Kuching pada 14 September 2020.

Berdasarkan kronologi pergerakan pekerja tersebut, beliau telah menginap di Hilton, Kuching. Sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat AirAsia, beliau telah disahkan positif COVID-19.

Berikut adalah kronologi pergerakan pegawai JKR tersebut

Kini, Kuala Lumpur tidak lagi diklasifikasikan sebagai Zon Hijau.

Sumber : CodeBlue & JKR

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...