(Terkini) Sekolah Akan Kembali Dibuka Pada 24 Jun Ini Untuk Kelas Peperiksaan Awam Sahaja

Trending

(Terkini) Sekolah Akan Kembali Dibuka Pada 24 Jun Ini Untuk Kelas Peperiksaan Awam Sahaja

Melalui sidang media hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun 2020 ini sebagai tarikh pembukaan semula sekolah. Pembukaan sekolah kali ini hanya akan melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin memberitahu pembukaan ini akan melibatkan 500,444 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah murid kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara. Para pelajar juga akan diminta untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan semasa di sekolah.

Advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat dari semasa ke semasa. Bagi pelajar yang tidak perlu kembali ke sekolah buat masa ini, sesi pembelajaran di rumah akan diteruskan seperti biasa.

sekolah

“Kami amat berharap pembukaan semula sekolah ini berjalan lancar bagi membolehkan anak-anak dapat meneruskan persekolahan dalam keadaan selamat.”

Antara beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi adalah pemeriksaan suhu badan di pintu masuk sekolah, mengikuti pergerakan yang ditetapkan untuk ke kelas, meja disusun dengan jarak 1 meter dan waktu rehat di dalam kelas selepas membeli makanan bungkus dari kantin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...