Baru sahaja kita dikejutkan dengan satu kes kereta remuk ditimpa objek berat beberapa hari lepas, kini satu lagi kes berlaku di Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) sebentar tadi.
Ketika ini sedang tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta rosak teruk selepas dilaporkan ditimpa sesuatu objek.
AdvertisementKejadian difahamkan berlaku sebentar tadi di Taman Len Seng, Cheras dan pihak polis masih menyiasat di tempat kejadian.
Laporan lanjut menyusul. pic.twitter.com/piTpP0hYJt
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) September 20, 2020
Kejadian bumbung kereta remuk tiada kaitan dengan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) kerana kerja-kerja pembinaan dihentikan sementara sejak semalam – Prolintas pic.twitter.com/3coEuWKs5V
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) September 20, 2020
Menurut posting Twitter BernamaTV, walaupun kejadian itu berlaku di Lebuhraya SUKE, kejadian objek berat yang menimpa kereta mangsa tiada kaitan dengan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan. Difahamkan bahawa kerja-kerja pembinaan telah diberhentikan secara serta merta semalam.
Kejadian yang berlaku berdekatan Taman Len Seng, Cheras masih lagi dalam siasatan pihak polis. Buat masa ini, tiada laporan rasmi yang dikeluarkan.