Tak perlu Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa saringan pemeriksaan suhu badan setiap kali masuk ke setiap premis di dalam pusat membeli belah sudah tidak lagi perlu dilakukan.
Pengunjung kini hanya perlu melakukannya di pintu masuk utama pusat membeli-belah itu sahaja.
Walau bagaimanapun, butiran seperti nama dan nombor telefon masih perlu direkodkan secara manual atau melalui aplikasi My Sejahtera di setiap premis-premis yang dimasuki pengunjung.
Mulai hari ini, saringan suhu badan hanya di pintu masuk pusat membeli-belah sahaja – Ismail Sabri pic.twitter.com/aFB1bvdVSj
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 29, 2020
Menteri Keselamatan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu mengenai perkara ini di dalam sidang medianya hari ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.