(Terkini) Rapid KL Tiada Hak Untuk Tamatkan Penjarakan Sosial Dalam Pengangkutan Awam

Trending

(Terkini) Rapid KL Tiada Hak Untuk Tamatkan Penjarakan Sosial Dalam Pengangkutan Awam

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur Pengendali Perkhidmatan Rel Rapid KL, Rapid Rail kerana menamatkan peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen tanpa merujuk kepada kerajaan.

Baca: Tiada Lagi Peraturan Penjarakkan Sosial, Rapid KL Akan Kembali Ke Tahap Perkhidmatan Normal

Advertisement

Hari ini, Rapid KL telah mengumumkan penamatan peraturan penjarakan sosial bermula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) esok. Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu syarikat itu sepatutnya membuat permohonan terlebih dahulu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum membuat keputusan penting berkenaan.

“Rapid Rail ini tidak ada kuasa untuk mengubah dasar atau peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.”

rapidkl

Beliau menjelaskan Rapid Rail tiada kuasa untuk mengubah dasar yang ditetapkan oleh kerajaan walaupun beliau mengakui SOP penjarakan sosial akan menjejaskan bilangan penumpang ke dalam pengangkutan awam itu.

Di dalam pengumuman Rapid KL sebelum ini, tiada lagi peraturan penjarakan sosial yang akan dilakukan di dalam tren dan stesen mereka susulan PKPP ini. Pengumuman ini juga sekaligus mencetuskan kebimbangan orang ramai terutamanya pengguna perkhidmatan awam.

“Kalau mereka nak buat sebarang perubahan, mereka perlu memohon kepada MKN untuk membuat perubahan. Bukan tiba-tiba umum apa yang mereka rasakan perlu umum.”

Beliau menyifatkan tindakan ini adalah salah dan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada Mesyuarat Khas Menteri-menteri dan MKN. Beliau juga sedar dan memahami kerugian yang mungkin ditanggung pihak pengendali pengangkutan awam sedang dibincangkan kerajaan.

“Apabila kita hadkan 66 peratus sahaja boleh bawa penumpang mereka juga alami kerugian. Kita akan bincang perkara ini namun jangan mereka membuat keputusan sendiri tanpa rujuk kerajaan,” tambahnya lagi di dalam sidang media harian hari ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...