Berdasarkan laporan terkini, Hafizul Harawi iaitu suspek kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sudah ditahan hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek berusia 38 itu ditahan sekitar jam 2.30 petang di Kelantan.
Suspek baru ditangkap di Kota Bharu, Kelantan pada sebelum 3 petang tadi. Saya belum ada maklumat lengkap tetapi suspek ditahan di sebuah rumah sewa di Kelantan.
Tambahnya, satu sidang media akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat.