(Terkini): PKPD Secara Pentadbiran Dilaksanakan Di Aman Jaya Bermula 28 Ogos

COVID-19

(Terkini): PKPD Secara Pentadbiran Dilaksanakan Di Aman Jaya Bermula 28 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan secara pentadbiran di Amanjaya, Kedah mulai 12.01 malam ini. Ia diumumkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri diadakan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu, turut menyatakan PKPD tersebut melibatkan tiga zon kawasan iaitu Kenanga, Mawar dan Melor.

Advertisement

“PKPD Pentadbiran ini melibatkan 22,360 individu iaitu 265 rumah, kesemua individu akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).”

Penduduk di zon terlibat tidak dibenarkan keluar dari zon, manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki zon terlibat. Pelaksanaan PKPD Pentadbiran tersebut akan dijalankan sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan KKM kelak.

Difahamkan individu yang bekerja di luar PKPD, mereka tidak dibenarkan keluar untuk bekerja keluar kawasan PKPD. Manakala bagi mereka yang dari luar bekerja di kawasan PKPD, mereka tidak dibenarkan untuk datang bekerja di kawasan itu.

Pihak majikan dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan kepada pekerja berkenaan yang tidak dapat datang bekerja ekoran sekatan yang dibuat.

Rumah-rumah ibadat termasuk surau dan masjid tidak dibenarkan beroperasi. Premis lain seperti kilang, pasar malam dan pasar tani juga tidak dibenarkan. Pasar pagi awam dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang dan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan.


“Institusi pendidikan seperti sekolah, tadika, taska, pusat tuisyen dan semua yang berkaitan tidak dibenarkan beroperasi dan mesti ditutup sepanjang tempoh PKPD.”

Bagi premis perniagaan, hanya premis yang menyediakan perkhidmatan perlu sahaja yang dibenarkan, seperti kedai makan, restoran, kedai makan, kedai runcit, stesen minyak dan sebagainya.

“Kebenaran hanya untuk take away (bungkus) dan bawa pulang sahaja dan waktu operasi dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja.”

Ismail Sabri turut memberitahu, klinik dan hospital dibenarkan beroperasi selama 24 jam, manakala farmasi dan kedai ubat pula hanya dibenarkan dari 8 pagi hingga 8 malam.

Stesen minyak dan kedai runcit turut dibenarkan hanya dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...