(Terkini) PKPB Kini Ditamatkan Dan Digantikan Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Trending

(Terkini) PKPB Kini Ditamatkan Dan Digantikan Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Hari ini rakyat Malaysia menerima perkhabaran baik daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media khas mengenai perkembangan COVID-19 dalam negara. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan tamat pada 9 Jun ini tidak akan disambung lagi.

Sebaliknya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan berkuatkuasa bermula 10 Jun ini sehingga 31 Ogos 2020. PKPP yang bakal dilaksanakan ini adalah sebagai fasa ‘exit strategy’ negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Advertisement

“Lebih banyak kelonggaran yang diberikan untuk saudara-saudari menjalani rutin harian di samping mematuhi SOP secara berterusan.”

Pelaksanaan PKPP ini juga akan membenarkan orang ramai untuk melakukan pergerakan merentas negeri kecuali di kawasan yang masih berada di bawah kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ini adalah kerana kawasan tersebut masih lagi menerima kes jangkitan yang tinggi.

Memandangkan kita masih lagi berada di bulan Syawal, pastinya orang ramai akan merebut peluang ini untuk menziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan. Namun, beliau menasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada berada di tempat sesak semasa pulang ke kampung. Selain membenarkan pergerakan rentas negeri, pelaksanaan PKPP turut menyaksikan beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...