Terbaru, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sepatutnya berakhir pada 4 Februari ini bersamaan hari Khamis telah disambung selama dua minggu bermula 5 Februari sehingga 18 Februari depan.
Makluman ini telah disahkan dan diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media, petang ini.
Dalam sidang itu, beliau berkata PKP akan disambung di seluruh negara kecuali Sarawak yang kini sebagai PKP Bersyarat (PKPB)
Berita itu dibuat susulan sidang khas yang diadakan pada petang selasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Usulnya buat masa ini, rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan selama tempoh PKP yang disebut.
Namun, sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian.