(TERKINI) Perdana Menteri Umumkan Bantuan Untuk Meringankan Beban Rakyat Hadapi COVID-19

COVID-19

(TERKINI) Perdana Menteri Umumkan Bantuan Untuk Meringankan Beban Rakyat Hadapi COVID-19

Hari ini Malaysia sudah melangkah ke hari keenam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak diumumkan oleh Perdana Menteri. Di dalam perintah ini, semua rakyat diminta berada di kediaman masing-masing dan tidak dibenarkan berada di kawasan awam sehingga hujung bulan ini.

Sebentar tadi, Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan bantuan dan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Setakat ini, sebanyak empat bantuan sudah diumumkan manakala bantuan lain dijangka akan diumumkan pada 30 Mac ini.

Advertisement

1. Kemudahan pengeluaran wang KWSP

Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 billion. Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion. Pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4 peratus berkuatkuasa April 2020.

2. Peruntukan tambahan RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan

Untuk membiayai pembelian barangan keperluan perubatan yang diperlukan di hospital seperti ventilator dan peralatan ICU, peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19.

Peruntukan RM100 juta disediakan kepada KKM untuk lantik 2,000 kakitangan baharu secara kontrak, terutamanya jururawat.

3. Peruntukan RM130 juta untuk negeri-negeri

Kerajaan setuju salurkan peruntukan RM130 juta kepada negeri-negeri untuk bantu kerajaan negeri tangani krisis COVID-19. Peruntukan sama rata akan diberi kepada setiap negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri berkenaan.

4. Lanjutan tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN

Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta. Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN.

Langkah-langkah komprehensif sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan yang akan mengambil kira kepentingan setiap kelompok masyarakat di negara ini. Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan akan membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif pada 30 Mac 2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...