[TERKINI] Peraturan Baru Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

COVID-19

[TERKINI] Peraturan Baru Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berikutan kebenaran beroperasi kepada hampir kesemua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan bermula 4 Mei ini.

4 years ago

[TERKINI] Sektor Ekonomi Dan Aktiviti Perniagaan Akan Beroperasi Semula Dalam PKP Bersyarat Mulai 4 Mei Ini

Advertisement

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung pelaksanaaan ini.

Penghadan jumlah pelanggan, penjarakan sosial, penggunaan pembersih tangan dan pembasmian kuman merupakan antara SOP harian yang harus dipatuhi oleh semua sektor runcit dan pengangkutan.

Sektor-sektor ini dibenarkan beroperasi tanpa had jumlah pekerja. Namun, mereka mestilah memakai topeng muka pada setiap masa dan pengambilan suhu badan wajib sebelum memulakan pekerjaan.

Pembasmian kuman di premis-premis ini mesti dilakukan tiga kali sehari dan transaksi e-Tunai atau cashless adalah digalakkan.

Operasi perniagaan hanya dibenarkan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh MKN, yang berbeza mengikut jenis perkhidmatannya.

Berikut merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi.

SEKTOR RUNCIT

Pusat membeli-belah, pasar raya, kedai serbaneka, kedai runcit, farmasi, butik dan seumpamanya.

  • Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
  • Pekerja memakai topeng muka setiap masa.
  • Pembersih tangan di pintu masuk dan keluar.
  • Laluan masuk dan keluar yang terhad ke premis.

Dobi (termasuk layan diri).

  • Waktu operasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam.
  • Tiada perkhidmatan WiFi di premis.

Kedai aksesori pakaian dan fesyen.

  • Waktu operasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam.
  • Pelanggan tidak dibenarkan mencuba pakaian.

Restoran.

  • Pelanggan dibenarkan makan di premis dari jam 7 pagi hingga 10 malam.
  • Suhu badan setiap pelanggan perlu direkodkan.
  • Kedudukan meja makan mesti berjauhan 2 meter.

Kedai perabot, perhiasan, elektrik dan elektronik, alat tulis, hardware, dan kedai makanan haiwan peliharaan.

  • Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
  • Pemeriksaan suhu badan pelanggan.

Bengkel dan alat ganti kenderaan.

  • Waktu operasi dari jam 8 pagi hingga 9 malam; dan
  • Pemeriksaan suhu badan pelanggan.

Kedai cermin mata dan kedai optik.

  • Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
  • Pemeriksaan suhu badan pelanggan.

Stesen minyak.

  • Waktu operasi mengikut kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
  • Pembersihan dan pembasmian kuman pada muncung pam yang kerap.

SEKTOR PENGANGKUTAN

Penerbangan domestik dan antarabangsa.

  • Penggunaan topeng muka wajib untuk semua sebelum memasuki terminal lapangan terbang.
  • Penjarakan sosial 1 meter antara penumpang di kaunter daftar masuk.
  • Penggunaan hand sanitizer wajib bagi semua penumpang.
  • Wajib ada satu tempat duduk kosong antara penumpang.
  • Pesawat perlu dibersihkan selepas setiap penerbangan.
  • Tandas pesawat perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sekali setiap lima kali penggunaan.
  • Pastikan penjarakan semasa menghidangkan makanan.

Teksi dan e-Hailing.

  • Waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam.
  • Hanya dua penumpang dalam satu masa.
  • Transaksi e-Tunai atau cashless adalah digalakkan.
  • Topeng muka wajib untuk penumpang dan pemandu.

Rel (Komuter, MRT, LRT, Monorel, KLIA Ekspres, KLIA Transit).

  • Waktu operasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam;
  • Koc dan kemudahan dibersihkan selepas setiap perjalanan.
  • Pembelian tiket dalam talian, pas bulanan dan Touch ‘n Go adalah digalakkan.
  • Pengimbas termal diwajibkan di semua stesen.

Senarai penuh boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Negara, yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...