(TERKINI) Peperiksaan UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan STPM Ditunda Pada Tahun Depan

COVID-19

(TERKINI) Peperiksaan UPSR Dan PT3 Dibatalkan, SPM Dan STPM Ditunda Pada Tahun Depan

Sebentar tadi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini susulan penularan wabak COVID-19. Keputusan ini diumumkan di dalam satu sidang media khas yang dilakukan di Putrajaya hari ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin menjelaskan pembatalan ujian ini tidak akan menjejaskan penilaian terhadap penguasaan murid yang terlibat. Terutamanya pelajar di tingkatan tiga yang memerlukan keputusan PT3 untuk menentukan aliran yang bakal diambil pada tahun hadapan.

Advertisement

Satu kaedah baru akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

SPM dan STPM ditunda

Manakala bagi pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula menurut beliau akan ditunda ke suku pertama sesi persekolahan pada 2021.

Bagi calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang akan menduduki peperiksaan semester, pihak kementerian membuat keputusan untuk mengubah tarikh peperiksaan semester kedua ke Ogos 2020 dan semester ketiga pula akan diadakan pada suku pertama persekolahan 2021.

Tidak ketinggalan, penangguhan turut dilakukan bagi kemasukan pelajar baru ke peringkat pengajian tinggi buat sementara waktu. Turut dimaklumkan, sesi persekolahan hanya akan kembali dibuka semula selepas kerajaan betul-betul yakin dengan tahap keselamatan murid-murid di sekolah.

Namun pembukaan sekolah ini hanya akan melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...