TERKINI : Penumpang Tren Cedera, LRT Laluan Kelana Jaya Berhenti Mengejut

Trending

TERKINI : Penumpang Tren Cedera, LRT Laluan Kelana Jaya Berhenti Mengejut

 

Dilaporkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya berhenti secara mengejut yang mengakibatkan beberapa penumpang mengalami kecederaan, lapor Harian Metro.

Kejadian yang dipercayai berlaku lebih kurang jam 9 malam itu ketika tren berkenaan dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.

Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah selaku Ketua Polis Dang Wangi berkata, polis menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan di lokasi.

Advertisement

“Berdasarkan maklumat awal, dua tren tersebut tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut”

Sumber : Facebook

“Kejadian itu menyebabkan penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan”

Dalam pada itu, Prasarana Malaysia Berhad ada memuat naik status di laman Twitter @AskRapidKL mengesahkan insiden berkenaan yang melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan serta mengawal keadaan”

Tular beberapa gambar yang menunjukkan situasi cemas dan keadaan penumpang yang menaiki tren berkenaan.

Sumber : Twitter

Dengan kemelut negara melawan COVID-19, diharapkan segala urusan mereka dipermudahkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...