Hampir seluruh pengguna elektrik di semenanjung Malaysia memberi rungutan akibat kenaikan bil yang mendadak sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehubungan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelulusan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan untuk kategori domestik di Semenanjung.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan ia adalah bagi mengurangkan beban rakyat yang sedia terjejas akibat krisis COVID-10 yang melanda negara.
“Jumlah pengguna elektrik yang mendapat manfaat ialah seramai 7.66 juta.”
Seramai 4 juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah dengan penggunaan 300kWj ke bawah akan menikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.
Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.
Bantuan tersebut adalah merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang diberikan pada 1 April lalu. Ianya akan disalurkan melalui bil elektrik pada Julai nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.