(Terkini) Penganjuran Majlis Sosial Kini Dibenarkan Mulai 1 Julai 2020

COVID-19

(Terkini) Penganjuran Majlis Sosial Kini Dibenarkan Mulai 1 Julai 2020

Kerajaan kini telah membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan mulai 1 Julai ini. Namun, kerajaan menetapkan syarat dengan kapasiti tetamu tidak melebihi 250 orang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang medianya hari ini berkata, majlis lain yang turut dibenarkan adalah akikah, tahlil, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan pertemuan semula (reunion).

Advertisement

Kerajaan turut mengehadkan masa majlis antara tiga hingga lima jam sahaja.

“Kapasiti pengunjung kekal tidak melebihi 250 individu, tetapi tertakluk kepada saiz ruang atau lokasi diadakan, kalau tempatnya kecil dan sukar melaksanakan penjarakan sosial mungkin cukup setakat 150 orang atau jumlah yang mampu dimuatkan sahaja, tidak semestinya sehingga 250 orang.”

Mengenai penyajian makanan, Ismail Sabri menambah, hanya hidangan bufet sahaja yang dibenarkan. Tetamu tidak dibenarkan untuk mengambil sendiri makanan berkenaan.

Ianya perlu dihidangkan oleh pramu saji ataumembuat hidangan di atas meja sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...