Terkini, pelawak dan pelakon, Along Cham disahkan sudah pun bercerai talak satu dengan isteri di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.
Difahamkan dari laporan sebuah portal hiburan, keputusan tersebut dibuat selepas hakim Muhammad Nazri Basrawi mengesahkan telah berlakunya lafaz talak dalam perkahwinan mereka pada Jun 2024.

Kredit: Kosmo
Sebelum ini, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad telah membuat permohonan lafaz taklik pada Januari selepas mendakwa isteri melanggar tiga perkara termasuk tidak patuh arahan serta membelakangi suami.
Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga bersama Afreen pada 4 April 2024 didakwa melafazkan cerai pada Julai 2024 di rumahnya di Cyberjaya.