Pihak berkuasa hari ini diarahkan untuk menggali smula jenazah Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu yang dikebumikan selepas meninggal dunia didakwa akibat terjatuh dari bangunan asrama.
Arahan itu dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan beberapa arahan lain turut dikeluarkan bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh.
Menurut AGC, keperluan untuk menggali semula jenazah Zara Qairina adalah bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah itu.
Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM (polis Diraja Malaysia) memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.
AGC turut berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Ia setelah AGC meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina.