(TERKINI) Pakej Prihatin Rakyat: Kerajaan Umumkan Peruntukan Tambahan RM10 Bilion Untuk PKS

COVID-19

(TERKINI) Pakej Prihatin Rakyat: Kerajaan Umumkan Peruntukan Tambahan RM10 Bilion Untuk PKS

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan peruntukan bernilai RM250 bilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi membantu menangani beban dari pandemik COVID-19 ini. Di dalam peruntukan itu, pelbagai bantuan bakal dinikmati oleh rakyat tidak kira daripada golongan mana sekalipun.

Baca: (TERKINI) Ini Senarai Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bernilai RM250 Billion

Advertisement

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej PRIHATIN ini. Penambahan dana sebanyak RM10 bilion akan diberikan untuk membantu meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta perusahaan mikro.

Menurut beliau, tambahan di dalam Pakej PRIHATIN Tambahan kali ini adalah bagi memastikan dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan. Sejak Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ianya sedikit sebanyak telah menganggu pendapatan seluruh rakyat.

Saya sedar bahawa PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi.

Selain itu, kerajaan akan menambah peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu, daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion. Semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 ke bawah akan menerima bantuan subsidi seperti berikut:

Lebih 200 pekerja

Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

76 hingga 200 pekerja

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

Sehingga 75 pekerja

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

Semua bantuan yang diberikan adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.

Manakala bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

Artikel berkaitan: (TERKINI) Perdana Menteri Umumkan Bantuan Untuk Meringankan Beban Rakyat Hadapi COVID-19

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...