Memetik Harian Metro, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selangor ada mengesahkan pihak mereka menemui satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.
Menurut JBPM, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Ketika ditanyakan mengenai adakah mayat itu adalah orang hilang, penyanyi Nidza Afham Mokhtar, JBPM meminta agar ia diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, pihak polis menerima laporan kehilangan Nidza Afham yang keluar rumah pada 7.45 petang semalam namun tidak pulang.
Nidza yang memakai baju biru hitam keluar rumah menuju ke Stadium Sultan Sulaiman untuk keluar berjoging seperti kebiasaan.
TERKINI | Mayat seorang lelaki dipercayai Muhmmad Nidza Afham Mokhtar, 23, ditemui di Jambatan Sungai Klang.
Berita lanjut menyusul.#BuletinTV3 #Afham pic.twitter.com/0lmxMK2a5i
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 14, 2024
Lokasi terakhir Nidza adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Berita lanjut menyusul.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.